Translate

21 December 2015

Selepas 'kantoi' dalam ujian doping bekas jaguh bina badan negara Datuk Malek Noor menggesa Sazali Samad untuk berundur.

Gagal Ujian Doping Adalah Memalukan, Malek Noor 'Nasihat' Sazali Samad Untuk Bersara



Selepas 'kantoi' dalam ujian doping pada 1 September lalu, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor hari ini menggesa atlet bina badan, Sazali Samad untuk berundur.

Malah beliau juga mahu Sazali segera tampil membuat permohonan maaf kerana menyifatkan kejadian itu sebagai memalukan.



“Pada saya, dia perlu bersara dan memohon maaf kerana ini satu penipuan. Sememangnya sedih perkara ini berlaku namun ia umpama menconteng arang di muka sendiri.

“Bukan soal tidak menghargai jasanya, namun dunia sedang memandang kita ketika ini. Malah, Datuk Lee Chong Wei sendiri menerima hukuman yang dikenakan ke atasnya,” katanyanya.

Sazali, pada awal September lalu gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti Doping Malaysia, sebelum kontinjen negara menyertai Kejohanan Bina Badan di Uzbekistan.

Juara 10 kali Mr Universe itu bagaimanapun sehingga kini enggan memberikan sebarang komen berhubung hal tersebut, namun menunggu masa untuk memberi penjelasan lanjut tentang dakwaan positif doping itu.

Meskipun belum ada lagi laporan rasmi keputusan ujian doping itu, Majlis Sukan Negara pada Jumaat lalu telah menggantungkan keistimewaan yang diberikan kepada Sazali. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED