PELAWAK Shuk SYJ selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya Ahad minggu lalu di Kampung Ulu Sapi, Sandakan Sabah.
Menerusi laman Instagram miliknya, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Bin Mohamed Shahar sempat berkongsi beberapa keping foto bersama isteri yang dikenali sebagai Sera dan meninggalkan kapsyen ringkas memanjatkan rasa syukur atas perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah amin…,” tulis Shuk ringkas di Instagram.
Shuk kelihatan segak mengenakan busana pengantin berwarna Biru Laut manakala isterinya pula kelihatan jelita dalam persalinan rona sedondon.
--Astro Gempak