Hubungan Dengan Hardy Hartono Belum Serius - Kilafairy
Meskipun ramai sudah mengetahui akan hubungan intimnya dengan pelakon Indonesia, Hardy Hartono namun penyanyi dan pelakon Kilafairy, 23, menjelaskan dia tidak mahu meletakkan sebarang status terhadap perhubungan tersebut.
Jelas anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Rohana Jalil ini, ada perkara yang ingin dicapai dahulu sebelum serius memikirkan soal cinta.
“Kami masih berkawan seperti dahulu kerana masing-masing mahu fokus pada kerjaya. Masih lagi mengenali antara satu sama lain.
“Jika sudah betul tiba masanya untuk kami serius menjalinkan ikatan dan mengakhiri zaman bujang barulah saya akan beritahu kelak.
“Memang saya tolak tepi dahulu soal cinta. Keluarga dan rakan-rakan memahami saya seorang yang kuat bekerja dan sebab itu mereka tidak banyak bertanya soal jodoh.
“Ada yang ingin saya capai dahulu sebelum berkahwin seperti memilik rumah sendiri dan beberapa buah kereta. Saya tidak mahu bergantung pada lelaki dan biarlah saya peroleh semua itu dengan usaha sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan Mangga online.
Mengenai kerjaya, Kila bergandingan dengan Aliff Aziz menyanyikanlagu dari filem Bollywood, Dilwale, dalam versi Bahasa Melayu yang diberi judul Warna Cinta.
Filem Dilwale lakonan terbaharu Shah Rukh Khan, Kajol, Varun Dhawan dan Kriti Sannon mula ditayangkan di seluruh pawagam sejak 18 Disember lalu