Translate

31 December 2015

Fasha Sandha Dapatkan Rawatan Mata

Fasha Sandha Dapatkan Rawatan Mata Dengan Prof Muhaya


SELEPAS melahirkan anak keduanya Raysha Jemyma, pelakon Fasha Sandha mendedahkan dirinya mengalami masalah mata rabun yang agak teruk.
Bagi menyelesaikan masalahnya itu, Fasha telah berjumpa pakar mata terkenal Prof Muhaya di pusat rawatan milik beliau.
Perkara ini dikongsikan Fasha menerusi satu pos di laman Instagramnya.
Menurut Fasha, dia telah menjalani pembedahan lasik (Lasik Eye Surgery) dan sangat menyarankan mereka yang mengalami masalah sama turut mendapatkan rawatan tersebut.
Jelasnya, rawatan itu membuatkan penglihatannya semakin jelas dan dia tidak lagi memerlukan cermin mata.
12
“Syukur Alhamdulillah. Di atas bantuan Idolaku team @profmuhaya, dengan keizinan daripada yang Esa, saya dapat melihat dunia dengan jelas. Subhanallah, jelas yang amat. No more glasses, no more lenses.
“Bye mata rabun (sebelum ini power 150 after melahirkan baby Raysha Jemyma).
“It’s one of the best decisions I’ve ever made. I highly recommend PERFECT Relex SMILE LASIK to those who can do it.
“Insyaallah, dengan treatment yang berlandaskan cara Islam, Prof Muhaya adalah pilihan terbaik. Terima kasih Prof,” tulisnya.
Selain bertugas sebagai doktor pakar mata, Prof Muhaya merupakan pakar motivasi dan usahawan yang dikenali ramai. – MYNEWSHUB.CC


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 2 hrs ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 4 hrs 56 mins ago