Translate

23 December 2015

Pelajar perempuan 13 tahun membuat laporan polis keatas dua orang teman lelaki yang merogolnya menerusi dua kejadian yang berlainan.

Pelajar 13 Tahun Buat Laporan Polis Dakwa Dirogol 2 Teman Lelaki



KEMAMAN, 22 Dis: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun membuat laporan polis keatas dua orang teman lelaki yang merogolnya menerusi dua kejadian yang berlainan.

Mangsa ditemani oleh ibunya ketika membuat laporan di balai polis Chukai.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata pelajar tersebut mendakwa pada September, dia keluar bersama seorang lelaki berusia 13 tahun sebelum dia dirogol di sebuah pondok.

Mohd menambah pada 17 Disember, pelajar perempuan itu mengikut seorang lagi teman lelakinya yang berumur 21 tahun ke satu pertandingan futsal pada jam 1.30 pagi.

"Dia mendakwa dia dirogol oleh lelaki tersebut selepas balik ke rumah lelaki berkenaan di Chukai selepas pertandingan itu. Selepas dia dirogol, dia tinggal bersama lelaki berkenaan sehingga Isnin.

"Apabila di balik ke rumah pada awal pagi Isnin, ibunya menyoalnya dan dia mengaku bahawa dia telah tidur dengan teman lelakinya.

"Terkejut, ibu mangsa membawa mangsa untuk membuat laporan polis", katanya sebagaimana lapor NST Online.

Polis kini sedang mencari suspek dan menyiasat kes tersebut dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED