Translate

31 December 2015

Marsha Milan Londoh Akui Sudah Peluk Islam, Bakal Bernikah Hari Jumaat


Marsha Akui Sudah Peluk Islam, Bakal Bernikah Lusa

BAGI menjawab teka-teki ramai mengenai status agamanya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya mengesahkan dia telah memeluk agama Islam dan bakal diijabkabulkan dengan teman lelakinya, pada Khamis.

Bagaimanapun, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini memilih untuk merahsiakan lokasi dan tarikh dia memeluk Islam.
“Saya sudah memeluk Islam. Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan. Ini kerana ia terlalu peribadi buat saya.
“Saya memohon jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya kepada BH Online.
25
Difahamkan, majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di Pulau Pinang.
Marsha dan bakal suami dilaporkan sudah berkenalan 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan di kampung halaman Marsha di Sabah pada 14 Disember lalu.
Jejaka pilihannya, Mohamed Shaiful Nizam merupakan seorang ahli peniagaan dan anak kepada pasangan VIP.
Berita mengenai perkahwinan Marsha terbongkar apabila gambar kad undangan majlis resepsi yang tertera namanya bersama Mohamed Shaiful Nizam tersebar diForum Cari.
Menerusi kad tersebut, majlis resepsi perkahwinan Marsha tercatat pada tanggal 8 Januari (Jumaat) di Hotel Majestic Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 7 hrs 27 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 7 hrs 27 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 8 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 11 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 11 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 11 hrs 39 mins ago