Hazama the Akademi Fantasia Season 9 champion thrilled around 700 people at Hard Rock Cafe's Rockin Sunday Live 2 Hour Showcase last night, Dubbed Hazama "The Penglipur Lara"
The mostly standing crowd packed the Hard Rock almost half an hour before it started and the fans were not disappointed when Hazama took the stage almost on time. After some friendly banter with his fans, he got the fans singing to almost every song he performed. I was quite surprised that his fans came from a wide age group. He welcomed some of his fellow artist such as Tasha Shilla, Fauzi Nawawi, Mawi and few other fans from his neighbourhood
In his first appearance at the Hard Rock Cafe, Hazama was at ease with his fans and related how he started his musical career by singing beside telephone booths. He took the opportunity to introduce his fans to the keyboardist Genervie Kam who also happens to be his girlfriend..
There was also a guest appearance by his idol from his Dato Keramat childhood days Zamani who is the frontman of 90s top popular band, Slam, whose evergreen hits include Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin and Tak Mungkin Berpaling among others.
Both of them signed each others shirts declaring that they were fans of each other.
Both of them signed each others shirts declaring that they were fans of each other.
Hazama who is known for his various popular hits such as Malaikat, Relakan Jiwa and Sampai Mati performed about 14 songs during the show, The fans sang with him throughout the 2 hour showcase
RABU, 2 DISEMBER 2015 @ 12:26 PM
Tiada desakan buat kekasih Genervie Kam - Hazama Oleh Farhana Ab Rahman farhana@bh.com.my Hazama dan Genervie menjalinkan hubungan cinta kira-kira 3 tahun.
KUALA LUMPUR:
Penyanyi Hazama, 31, menjelaskan kekasihnya, Genervie Kam, 35, belum bersedia untuk memeluk Islam dalam tempoh terdekat sekali gus tiada desakan menyentuh soal perkahwinan antara mereka berdua.
Juara program Akademi Fantasia 9 (AF 9) itu berkata, setiap individu mempunyai kebebasan beragama dan beliau memilih untuk memberi masa kepada kekasihnya itu.
"Isu agama adalah satu perkara yang begitu sensitif untuk dibincangkan. Setiap penganut agama mempunyai pandangan tersendiri seperti yang diterapkan sedari kecil. Biarlah individu itu membuat keputusan atas kerelaan sendiri.
"Berilah dia (Gen) masa untuk berfikir mengenai hal ini. Lagipun dia lebih matang daripada saya. Saya bersyukur kerana mendapat keluarga yang memahami dan tidak mendesak mengenai hal perkahwinan.
"Mengenali seseorang yang berlainan bangsa dan agama banyak membuka mata saya mengenai pelbagai isu. Minda saya lebih terbuka dan persepsi saya terhadap pelbagai perkara juga berbeza dari sebelum ini," katanya kepada BH Online.
Hazama dan Genervie mula menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu dan berkongsi minat yang sama terutama muzik.
Genervie adalah seorang pemuzik wanita popular dan sering mengiringi persembahan barisan penyanyi ternama.
Dalam perkembangan terkini, Hazama meluahkan rasa teruja bakal mengadakan persembahan solo di Hard Rock Cafe pada 20 Disember ini.
Tambah Hazama, persembahan itu bersifat peribadi kerana selain menyanyi dan beliau mengambil kesempatan itu untuk berkongsi mengenai dirinya. PENYANYI Hazama.
Beliau menambah, keputusan untuk mengambil Zamani selaku penyanyi undangan adalah kerana beliau begitu mengagumi vokal penyanyi itu. Hazama begitu berbesar hati kerana idolanya sedari dulu lagi itu menerima undangan untuk berkongsi pentas bersamanya.
"Tidak sangka Zamani menerima pelawaan untuk menjadi penyanyi undangan pada malam itu. Dia (Zamani) adalah salah seorang idola saya kerana mempunyai vokal yang mantap. "Ada cerita lain di sebalik keputusan saya untuk mengundang Zamani namun akan dikongsikan pada malam itu nanti.
"Saya tidak mampu ambil pusing kontroversi yang membabitkan Zamani kerana saya menghargai bakatnya sebagai penyanyi. Saya enggan mencampur adukkan kisah peribadi dan kerjaya seni kerana ia adalah dua perkara yang berbeza," katanya.
Persembahan yang diberi nama Hazama The Penglipur Lara itu bakal berlangsung pada jam 9 malam dan bakal mempersembahkan 14 lagu termasuk duet bersama Zamani.
MENGENALI seseorang yang berlainan bangsa dan agama banyak membuka mata Hazama mengenai pelbagai isu. -
Foto Rohanis Shukri GENERVIE kam antara pemuzik wanita popular tanah air «» DISYORKAN
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101552