Translate

21 December 2015

Selangor membazir RM9.7 juta hanya untuk menaik taraf gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan.

Oleh: Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR
Ketua penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mendakwa kerajaan Selangor memperuntukkan RM9.7 juta hanya untuk menaik taraf gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan.
Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard menganggapnya satu pembaziran dan tidak masuk akal walaupun diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Katanya, apabila beliau cuba membangkitkan perkara itu, beberapa pemimpin PKR Selangor cuba menjelaskan kononnya projek itu diluluskan sewaktu pentadbiran bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Bila ditanya pemberita, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan angkuh dan sombong menjawab, perkara itu tiada masalah kerana semuanya diluluskan melalui Dewan. Saya nak beritahu Azmin, jangan angkuh sebegitu.
“Kalau hanya kerana Dewan kamu halalkan semua benda, saya nak sebut soal cukai barang dan perkhidmatan dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang juga diluluskan di Dewan (Rakyat).
“Adakah kamu hendak mengatakan kedua-dua perkara itu sesuatu yang wajar dan tidak boleh dipertikaikan hanya kerana diluluskan dalam Dewan?” soalnya dalam satu sidang media yang diadakan semalam.
Chegubard juga mendakwa, kos berkenaan digunakan untuk ‘ubahsuai ringan’ sahaja bagi baik pulih pintu gerbang berkenaan.
“Ubah suai itu hanya melibatkan ‘face lift’ (ubahsuai ringan)…kenapa RM9.7 juta? Pintu gerbang itu runtuh ke yang sampai nak kena buat balik?
“Pintu gerbang itu elok saja di situ,” tegasnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED