Translate

20 March 2025

Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu



Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu

Bernama

19/03/2025


SPRM hari ini menahan reman sepasang suami isteri serta seorang pengarah syarikat yang disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta. - Foto ihsan SPRM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman sepasang suami isteri serta seorang pengarah syarikat yang disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.

Sumber SPRM memaklumkan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu terhadap dua suspek lelaki, dikeluarkan Majistret Nabila Nizam di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pagi tadi, manakala seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut sumber ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 60-an itu ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.

"Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara bulan April hingga Oktober 2018.

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang masing-masing merupakan pengarah dan konsultan syarikat, disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM8.4 juta," menurut sumber.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita berdepan detik cemas rumah disamun empat le' 13 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan d' 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 42 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 1 hr 36 mins ago