Translate

20 March 2025

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan



Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Bernama

19/03/2025


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung.

Beliau berkata suspek kemudian dirujuk kepada doktor dan disahkan mengalami masalah jantung tersumbat sebelum dilepaskan bagi menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Azam berkata proses merakam keterangan Ismail Sabri mungkin akan mengambil beberapa sesi lagi sebelum selesai.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan pendakwaan, beliau berkata masih ada beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk dirakam keterangannya.

Petang tadi, bekas perdana menteri itu dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang selepas proses merakam keterangannya berlangsung selama lebih enam jam.

Sumber SPRM mengesahkan bahawa proses merakam keterangan Ismail Sabri akan disambung pagi esok.

Beliau disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Segamat viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 15 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 31 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 48 mins ago
A visitor from Plano viewed 'Malaysia ranked among world’s 10 best retirement d' 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Malaysia ranked among world’s 10 best retirement d' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 1 hr 28 mins ago