Translate

17 March 2025

Orang tengah kaut untung sehingga RM750 jual slot tempahan janji temu Puspakom



Orang tengah kaut untung sehingga RM750 jual slot tempahan janji temu Puspakom

Bernama

17/03/2025


Aedy Fadly (tengah) bercakap ketika sidang media selepas mengadakan tinjauan berkaitan penambahbaikan slot pemeriksaan kenderaan di cawangan Puspakom Seksyen 28, Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama


SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Mahmood Razak Bahman mendedahkan terdapat orang tengah atau runner mengaut keuntungan hingga RM750 dengan menjual satu slot tempahan janji temu kepada pihak ketiga.

Mahmood Razak berkata modus operandi atau taktik yang digunakan orang tengah berkenaan adalah dengan menggunakan nombor casis kenderaan yang sama namun mempunyai nombor pendaftaran (nombor plat) berlainan bagi mendapatkan slot tempahan yang banyak.

Beliau berkata setiap satu slot janji temu di Puspkom hanya ditetapkan pada RM3.50 tetapi dengan taktik tersebut, orang tengah berkenaan mampu menjualnya hingga RM750.

"Siasatan masih dilakukan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kita sedang teliti, siapa dan mengapa mereka melakukannya dan akan panggil (orang tengah itu)," katanya pada sesi taklimat susulan tinjauan Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Aedy Fadly Ramli ke Puspakom Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Puspakom tidak lagi membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran sama untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah dengan menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain untuk keuntungan berlebihan.

Sementara itu, Aedy Fadly pada sidang media selepas itu berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melihat tindakan yang boleh diambil kepada orang tengah yang terlibat.

"Kita cuba dapatkan runner tersebut tetapi buat masa sekarang semua saluran kita ada dan (mereka) tidak dapat hubungi. Jadi kita cuba dapatkan kaedah lain," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 hrs 29 mins ago