Translate

20 March 2025

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya



KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya

Bernama

20/03/2025


Tiket tren ETS tambahan sempena sambutan Aidilfitri akan mula dijual hari ini (20 Mac) bermula jam 10 pagi. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.

KTMB dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa empat perkhidmatan ETS tambahan itu melibatkan perjalanan dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 28 dan 30 Mac, serta dua hari selepas sambutan Aidilfitri, iaitu pada 5 dan 6 April ini.

"Perkhidmatan ini menawarkan 1,254 tempat duduk setiap hari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna," menurut kenyataan itu, yang turut memaklumkan bahawa tiket tren tambahan akan mula dijual hari ini (20 Mac) bermula jam 10 pagi.

Pada 3 Mac lalu, KTMB telah menawarkan empat perkhidmatan ETS tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April 2025 berikutan tiket tren berjadual sedia ada telah habis dijual.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sebanyak 40 tren sehari sepanjang tempoh 28 Mac hingga 6 April, dengan jumlah tempat duduk sebanyak 117,996.

Para pengguna boleh membeli tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), mesin kios atau di laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pekanbaru viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setiap Ahli Parlimen Terima Elaun Tetap RM25,700 S' 11 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 26 mins ago
A visitor from Laborie viewed 'Kerja selenggara jalan babitkan penutupan lorong d' 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita ditahan simbah anak air panas kerana main a' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 1 hr 45 mins ago