Translate

03 March 2025

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar



Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar

Bernama

03/03/2025


Warga Jabatan Perdana Menteri mendengar amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Anwar di Putrajaya, pada Isnin. - Gambar Bernama


PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan kewangan serta pentadbiran awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memberi contoh mengenai beberapa perubahan yang telah dilakukan Kementerian Kewangan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kementerian itu telah memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang menuntut pelaksanaan disiplin fiskal yang ketat.

"Bunyinya mudah tetapi tidak mudah, kerana apa yang kita janjikan berkaitan pengurangan defisit atau belanjawan mesti dilaksanakan.

"Tidak semua negara sanggup melakukannya, kerana ia memerlukan tekad politik yang kuat serta iltizam untuk melakukan reformasi sebenar," kata beliau berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan Akta Perolehan Kerajaan pula yang bertujuan memastikan proses dan prosedur tender serta perolehan kerajaan akan kekal dipatuhi, walaupun berlaku perubahan dalam pentadbiran.

"Kerajaan boleh bertukar-ganti tapi akta itu kekal...proses tender dan perolehan kerajaan itu mesti dipatuhi," kata beliau.

Dalam aspek penguatkuasaan, Anwar melahirkan rasa syukur atas peningkatan prestasi badan-badan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Alhamdulillah, saya lihat badan-badan ini menjalankan tugas dengan lebih mantap. Kerajaan, termasuk Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan barisan tertinggi dalam perkhidmatan awam memberikan dukungan sepenuhnya.

"Jika ada ruang untuk menambah baik, kita akan perbaiki. Saya sering mengingatkan bahawa walaupun kita rasa telah melakukan sesuatu dengan baik, kita mesti sedar masih ada ruang untuk peningkatan," kata beliau.

Anwar menegaskan, semangat untuk terus memperbaiki pentadbiran ini selari dengan ajaran Islam, merujuk kepada hadis Nabi Muhammad SAW mengenai kecekapan dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan.

Turut hadir dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 39 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 41 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 5 hrs 2 mins ago