Translate

12 February 2025

Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar



Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar

Bernama

12/02/2025


Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat. - Foto fail/Astro AWANI


PUTRAJAYA: Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.

"Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidon, telah saya tugaskan untuk mengemukakan beberapa usul bagi menyeragamkan beberapa agensi, yang akan dibawa kepada Ketua Setiausaha Negara.

"...dan saya akan membuat keputusan setelah ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Pada 3 Sept lepas, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan pelantikan Asri untuk mengetuai Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa 10 Sept tahun lepas.

Sementara itu, Anwar berkata agensi kerajaan tidak dibenarkan mewujudkan syarikat di bawahnya tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana wujud syarikat yang mencatatkan kerugian besar.

"Saya telah memberi arahan supaya tidak boleh diwujudkan syarikat di bawah agensi tanpa kelulusan peringkat tetinggi kerana ribuan syarikat itu mencatat kerugian besar.

"Namun, membatalkan syarikat-syarikat tersebut bukanlah perkara yang mudah. Tetapi jika itu wajib dilakukan, kita harus melakukannya, dan ini adalah sebahagian daripada proses reformasi institusi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru jentera Perkhidmatan Awam untuk berfikir serta bertindak pantas bagi memacu pertumbuhan negara.

Selain itu, Anwar berkata beliau dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, telah membincangkan kaedah pelaksanaan dasar dan strategi besar dalam pertemuannya mereka semalam.

"Kami menegaskan mengenai pelaksanaan dasar dan strategi besar. Ada beberapa hal yang telah dilaksanakan dengan baik," katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi memacu transformasi digital sektor awam ke arah komuniti tanpa tunai

Turut hadir, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Shamsul Azri.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 10 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 16 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 26 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 27 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Nation celebrates dedicati' 27 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 27 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tu' 27 mins ago