Translate

12 February 2025

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah

Bernama

12/02/2025


Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menunjukkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menunjukkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah, kata penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS, daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Thaipusam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar (DXY) turun 0.37 peratus kepada 107.922 mata apabila Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi pendirian Fed untuk tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai pengurangan kadar dasar.

"Nampaknya hala tuju keseluruhan bertujuan mengurangkan Kadar Dana Fed. Persoalannya adalah mengenai masa dan penentuan tahap akomodasi dasar itu.

"Oleh itu, ini akan menyokong ringgit sehingga tahap tertentu," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, kenyataan Presiden AS, Donald Trump mengenai tarif akan terus mempengaruhi sentimen pasaran memandangkan ciri pengumuman sedemikian yang cenderung mengejutkan pasaran.

Beliau berkata, ketidakpastian dasar mengenai tarif akan menyebabkan pasaran mata wang, termasuk ringgit, bergerak berada dalam julat kecil.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound Sterling kepada 5.5602/5689 daripada 5.5430/5492 ketika ditutup pada Isnin, dan turun berbanding euro kepada 4.6281/6354 daripada 4.6128/6179.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9233/9281 daripada 2.9352/9387.

Mata wang domestik diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.5/273.1 daripada 273.1/273.5 serta lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.69 daripada 7.69/7.70.

Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.1060/1369 daripada 13.1768/1986 namun, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3011/3067 daripada 3.3006/3048 ketika ditutup pada Isnin. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Singer Yuna engaged to Adam Sinclair the brother o' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’ | ' 18 mins ago
A visitor from Croydon viewed 'Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara |' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 24 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 34 mins ago