Translate

23 February 2025

SPRM bersihkan nama Afdlin Shauki



SPRM bersihkan nama Afdlin Shauki

SUARA KEADILAN

5 days ago



Cubaan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan nama Datuk Afdlin Shauki dalam dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta adalah untuk mencemarkan nama baiknya.

Demikian kata pelakon dan pengarah berusia 54 tahun itu selepas namanya terpalit dengan dakwaan tersebut baru-baru ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku projek DBKL yang dikaitkan dengan Afdlin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesimpulan itu dicapai selepas pihaknya menyemak dokumen berkaitan yang disediakan oleh pihak DBKL.

"Bagaimanapun, SPRM mendapati ada beberapa kelemahan dalam garis panduan tadbir urus DBKL yang perlu diperbaiki," katanya dipetik.

Sejak Januari lalu, tular di media sosial Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu didakwa terbabit dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit.

Dalam satu kenyataan, Pengarah filem Baik Punya Cilok itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 23 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 29 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Chandubatla viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 2 hrs 18 mins ago