Translate

18 February 2025

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian



Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian

Bernama

18/02/2025


Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi maklumat perbankan dan kad kredit mereka dengan sesiapa serta berhati-hati ketika melakukan transaksi dalam talian. - Gambar hiasan


SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura pada Isnin mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 656 kes kecurian maklumat kad melalui pautan memancing data atau phishing pada suku keempat 2024, lapor Xinhua.

Dalam satu kes pada November, scammer memperoleh maklumat kad kredit mangsa menerusi laman sesawang phishing berkaitan e-dagang.

Scammer itu kemudian menambah kad berkenaan ke dalam Apple Wallet miliknya, mendorong mangsa secara tidak sedar memasukkan kata laluan (OTP) yang dihantar ke telefon mereka. Tindakan itu memberi scammer akses penuh kepada maklumat kad mangsa.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura, Agensi Keselamatan Siber Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, sekurang-kurangnya 502 daripada 656 kes yang dilaporkan melibatkan kad yang dikaitkan kepada Apple Pay.

Pihak berkuasa kini bekerjasama rapat dengan bank, penyedia dompet digital seperti Apple, serta syarikat perkhidmatan kad bagi membendung jenayah itu.

Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi maklumat perbankan dan kad kredit mereka dengan sesiapa serta berhati-hati ketika melakukan transaksi dalam talian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED