Translate

12 February 2025

PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac



PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac

Bernama

12/02/2025


Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan dan Majlis Peluncuran Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) di Kementerian Kewangan. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini.

Beliau berkata penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat serta pembaharuan yang dibawa oleh sistem itu.

"Harus ingat bahawa ukuran akhirnya adalah bagaimana majoriti rakyat dapat menikmati pembaharuan reformasi yang kita bincangkan. Oleh itu, saya gesa supaya penggunaan program iPayment ini dipercepatkan dari jadual akhir April kepada awal Mac," katanya ketika melancarkan perluasan sistem tersebut di sini hari ini.

Anwar berkata sistem iPayment juga memainkan peranan penting dalam memacu transformasi digital sektor awam ke arah komuniti tanpa tunai.

"iPayment ini bagi saya adalah satu langkah ke hadapan kerana selain memberi prakasa (inisiatif) baharu, ia juga membawa manfaat langsung kepada rakyat dari segi kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi memakan masa," katanya.

Perdana Menteri turut berkata bahawa Malaysia perlu bergerak lebih pantas jika ingin terus berada di hadapan dan tidak ketinggalan dalam transformasi digital.

Beliau berkata kemajuan negara dalam bidang tersebut agak mendatar jika dibandingkan dengan beberapa negara lain seperti Estonia, Emeriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

"Bila kita lihat kembali, 10, 15 atau 20 tahun lalu, kita berada jauh di hadapan dengan segala kekuatan yang ada, tetapi banyak masalah (berlaku) yang akhirnya (menyebabkan kemajuan) kita agak mendatar.

"Oleh itu, kita harus mengejar dan apabila kita bercakap tentang reformasi institusi, termasuk dalam perkhidmatan awam, kepantasan luar biasa perlu ada," katanya.

Anwar hari ini melancarkan perluasan pelaksanaan iPayment yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara (JAN) sebagai sistem untuk mengurus dan menyeragamkan pembayaran perkhidmatan kerajaan.

Sistem ini mula dibangunkan pada awal 2022 dengan Fasa 1 melibatkan saluran portal dalam talian, sebelum diperluas dengan pertambahan saluran pembayaran kaunter dan aplikasi mudah alih melalui pelaksanaan Fasa 2 bermula hari ini.

Sistem iPayment memberi pilihan kepada pelanggan perkhidmatan kerajaan untuk membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit, kad prabayar, perbankan internet, kod respons pantas (QR) dan e-dompet.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 4 hrs 40 mins ago