Translate

23 February 2025

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga



Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga

Bernama

23/02/2025


Nga Kor Ming menyatakan bahawa sesi libat urus dan penerangan telah dilakukan beberapa kali untuk memastikan perintah ini dapat direalisasikan. -Gambar fail/Bernama


IPOH: Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dijangka berkuat kuasa pada tahun ini juga, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dijangka berkuat kuasa pada tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyatakan bahawa sesi libat urus dan penerangan telah dilakukan beberapa kali untuk memastikan perintah ini dapat direalisasikan.

Nga Kor Ming juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Perak tahun ini untuk pembinaan sekurang-kurangnya 20 Taman Rekreasi MADANI. Beliau komited untuk menyiapkan 1,000 taman dalam masa 10 tahun.

Beliau berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

"Ia (perintah itu) dijangka tahun ini. Dah banyak kali saya buat libat urus dan kita dah banyak kali berikan penerangan.

"Undang-undang ini akan dikuatkuasakan tahun ini. Jangan lupa 2026 tahun Tahun Melawat Malaysia dan kita menjangkakan kehadiran 35 juta pengunjung, kita mahu pelancong untuk mempunyai tanggapan yang baik (terhadap negara)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi MADANI Woodlands II Bandar Baru Tambun di sini hari ini.

Pada 19 Feb, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan mengenai cadangan melaksanakan perintah khidmat masyarakat, melibatkan pindaan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Kementerian itu memaklumkan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran serta mendidik masyarakat supaya peka terhadap kebersihan dan tidak membuang sampah kecil di kawasan awam sewenang-wenangnya.

Sementara itu, Nga berkata beliau dijangka membentangkan pindaan akta berkenaan pada 6 Mac iaitu dalam sesi Sidang Dewan Rakyat kali ini.

Nga hari ini turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Perak tahun ini bagi pembinaan sekurang-kurangnya 20 Taman Rekreasi MADANI di negeri ini.

"Sekarang dasar kita satu tahun 100 taman, jadi saya komited untuk siapkan 1,000 taman dalam masa 10 tahun. Tahun lepas kita lebih daripada sasaran, kami capai 109 di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Landskap Negara, tahun ini sasaran kita 100 (taman) lagi," katanya.

Berkenaan Taman Rekreasi MADANI Woodlands II Bandar Baru Tambun, Nga berkata sebuah syarikat pemaju swasta Total Investment Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak RM500,000 bagi membina taman itu.

Dalam pada itu, Nga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KPKT pada 25 April depan di Ipoh, yang akan dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidi' 5 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia, negara ASEAN perlu wujud kesep' 49 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia, negara ASEAN perlu wujud kesep' 50 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur m' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 1 hr 48 mins ago
A visitor from La rioja viewed 'Bapa mengaku bersalah sumbang mahram bersama anak ' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago