Tak kena hak cipta lagu di bawah KPDN' - Ito
my METRO
9 Februari 2025

Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan Blues Gang, Ito Mohd, 74, menyarankan agar hak cipta lagu dikeluarkan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan diletakkan dalam kementerian yang lebih sesuai.
Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut berkata, lagu-lagu adalah harta intelek dan ia tidak sepatutnya diletakkan dalam kementerian yang menjaga harga barangan.
"Macam mana boleh duduk dalam KPDN? Dari dulu lagi saya dah cakap, mereka tak tahu pun pasal muzik sebab nak jaga ayam itik, kambing, kangkung, durian dan sebagainya.
"Letakkanlah dalam Kementerian Komunikasi kerana berkaitan artis. Dah banyak kali saya cakap isu ini. Artis pun mereka tak kenal, macam mana mereka nak kendalikan bab lagu. Mana boleh letak situ," katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu antaranya Apo Nak Dikato dan Mak Siti ini turut melahirkan kekecewaan apabila hampir 10 tahun tidak menerima bayaran royalti.
"Dulu saya ahli Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (Prism). Bila Prism dibatalkan oleh kerajaan pada 2019, hak saya untuk dapat royalti dinafikan.
"Semua ahli disyaratkan kena berdaftar dengan RPM (Recording Performers Malaysia Berhad) yang diketuai oleh Datuk Sheila Majid. Tapi nak bercakap dengan dia pun susah.
"Blues Gang ada 14 album, saya ada tujuh album solo termasuk live. Keseluruhan ada 21 album.
"Semuanya bersama syarikat besar dan boleh disemak. Syarikat rakaman di bawah Public Performance Malaysia (PPM) ada hubungan dengan RPM," katanya.
Ito turut menyarankan agar Music Rights Malaysia Berhad (MRM) yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 2016 tetapi dibubarkan pada 2020 dihidupkan semula agar dapat membuat pengagihan royalti yang adil kepada semua pihak.
"Dulu ada MRM tapi kemudian ditutup atas desakan pihak tertentu. Syarat-syarat untuk dapat royalti pula menyusahkan kerana kami disuruh buat semakan di syarikat rakaman sedangkan mereka ada akses semuanya. Buatlah kerja sikit.
"Menerusi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) pula, saya dapat royalti RM4,000 hingga RM5,000 saja setahun sedangkan ada lebih 100 lagu. Mereka kata saya tak daftar lagu. Takkanlah mereka tak dapat buat semakan.
"Sekarang Kementerian Komunikasi ada jawatankuasa untuk bangunkan industri muzik. Biarlah mereka menjaga semua hal ini. KPDN boleh fokus pada harga barangan, " katanya.