Translate

23 February 2025

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar



Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar

Bernama

23/02/2025


Anwar (tengah) ketika sidang media pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu hari ini. --fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya ia dilakukan bagi memastikan tatakelola yang baik di bawah pentadbirannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas mereka.

Tindakan tegas diambil untuk memastikan tatakelola yang baik dan menghentikan amalan rasuah.

Anwar menjelaskan bahawa beliau dan barisan Kabinet memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka tanpa campur tangan, menekankan pentingnya integriti dan keadilan dalam pentadbiran.

Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam menjalankan tugas masing-masing.

"Ada orang kata saya dendam, cari salah. Tak benar. Saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur.

"Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka, LHDN dengan tugasnya kutip cukai dan SPRM geledah supaya menghentikan amalan rasuah.

"Negara boleh kaya tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kekayaan untuk diri, bila nak jaga rakyat? Bila ada keterlanjuran, guna kuasa sampai kaya raya, ratus-ratus juta simpan," katanya berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.

Anwar berkata keputusan badan penguat kuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak terlibat adalah untuk menghentikan amalan tidak beretika seperti rasuah.

Sementara itu, bersempena bulan Ramadan yang dijangka bermula awal bulan depan, Anwar berkata ia akan menjadi masa terbaik untuk umat Islam meningkatkan nilai kerohanian dan menyelami dimensi sosial masyarakat.

"Apa dia maksud (nilai kerohanian) dalam masyarakat kita? Tentunya prinsip penghargaan kepada Tuhan. Bukan nak tunjuk kepada manusia.

"Dimensi sosial pula supaya kita tahu apa erti lapar, dahaga kerana ramai di sebelah sana, jiran kita, orang kampung itu hidup dalam kesusahan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 6 hrs 5 mins ago