Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Bernama
13/02/2025

Kerajaan Melaka mengucapkan takziah kepada lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin. -Gambar fail/Facebook (Melaka Hari Ini, JBPM Melaka)
MELAKA: Kerajaan Melaka mengucapkan takziah kepada lima sekeluarga yang terkorban dalam satu kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin di sini awal pagi tadi.
Kerajaan Melaka mengucapkan takziah kepada lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menzahirkan dukacita dan berdoa agar keluarga mangsa diberikan ketabahan.
Lima yang maut dikenali sebagai Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4. Bapa, Muhammad Khairuddin Sa'ari, 35, terselamat.
Ab Rauf dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam meluangkan masa kira-kira sejam menyantuni Muhammad Khairuddin yang menerima rawatan di Hospital Jasin dan memberi sokongan kepada mangsa yang kehilangan isteri dan empat anak.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
.
"Saya berdukacita di atas musibah yang menimpa dan berdoa agar semua keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh semua mangsa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, Al-Fatihah," katanya.
Lima yang maut dalam kebakaran itu dikenali Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, manakala bapa, Muhammad Khairuddin Sa'ari, 35, terselamat.
Terdahulu, Ab Rauf mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menyantuni Muhammad Khairuddin yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jasin.
Mereka meluangkan masa kira-kira sejam untuk bertanyakan khabar Muhammad Khairuddin dan memberi sokongan kepada mangsa yang kehilangan isteri dan empat anak dalam kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Astro Awani
13/02/2025

Laila Fathinah (kiri) bersama empat anaknya yang rentung dalam kebakaran rumah sewa mereka di Kampung Berangan Enam, pagi Khamis.- Foto Astro AWANI/Ihsan keluarga
JASIN: Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, di sini awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Seorang wanita hamil lima bulan bersama empat anaknya rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi tadi. Suaminya terselamat dan sedang dirawat di Hospital Jasin.
Ibu mangsa, Ruziha Osman, terkejut dengan kejadian tersebut kerana baru sahaja berjumpa dengan anak dan cucu-cucunya malam sebelum kejadian. Mereka baru pulang dari Puchong selepas mendapatkan rawatan susulan untuk salah seorang anak.
Mayat mangsa ditemui di beberapa lokasi dalam rumah dan telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ibu kepada Laila Fathinah Mustapa, 37, Ruziha Osman, 60, yang menetap di Puchong, Selangor berkata, anak sulungnya itu kini sedang hamil anak ketujuh.
Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan berhubung kejadian tragis yang meragut nyawa anak serta cucu-cucu kesayangannya memandangkan mereka baru sahaja berjumpa malam tadi.
“Anak saya bersama lima anak serta suaminya terlibat dalam kemalangan kereta pada 30 Januari lalu dan rentetan kejadian itu, salah seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun saya bawa pulang ke Puchong berikutan perlu mendapatkan beberapa rawatan susulan.
“Laila Fathinah kemudian ada datang ke rumah saya bersama anak-anaknya yang lain pada Selasa lalu dengan menaiki bas dari Melaka Sentral dan saya kemudian hantar mereka pulang ke Melaka malam tadi. Itu kali terakhir kami bersua muka,” katanya sambil menyeka air mata.
Tambahnya, dia pada awalnya menyangka ianya hanya kebakaran biasa, namun tersentak apabila mendapat khabar anak serta empat cucunya rentung dan gagal diselamatkan.
“Saya memang terkejut kerana kami baru sahaja bergelak ketawa sepanjang perjalanan ke Melaka dan mereka juga tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Anak ketiga Laila Fathinah yang berusia lapan tahun itu ikut semula saya pulang ke Puchong dan ketika dalam perjalanan ke Hospital Jasin ini saya maklumkan ibu serta empat beradiknya sudah tiada, namun dia seperti kebingungan,” tambahnya lagi.
Laila Fhatinah turut mempunyai seorang lagi anak perempuan yang berusia 18 tahun.
Manakala suaminya, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, terselamat dan menerima rawatan di Hospital Jasin.
Mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui di bahagian serambi rumah, manakala empat anaknya berusia 13, 7, 6 dan 4 tahun di beberapa lokasi berhampiran jeriji pintu rumah berkenaan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.