Translate

20 February 2025

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan



JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan

Bernama

20/02/2025


Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli memaklumkan aktiviti pemanggilan semula ini penting untuk mengelakkan berlaku kemalangan pada kenderaan berkenaan. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar untuk pemeriksaan kerana kecacatan pada struktur, peralatan, dan sistem kenderaan.

Model yang terlibat termasuk Honda Civic dan CR-V, Kia Sorento XM, Man TGS, Ford Everest, Audi E-Tron GT, dan Mercedes-Benz serta Mercedes-AMG.

Pemilik kenderaan akan dihubungi oleh pengeluar untuk penyelarasan pemeriksaan, dan komponen yang terlibat akan diganti tanpa kos kepada pemilik.

Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli memaklumkan aktiviti pemanggilan semula ini penting untuk mengelakkan berlaku kemalangan pada kenderaan berkenaan.

Model kenderaan yang dipanggil semula adalah Honda Civic dan Honda CR-V iaitu sebanyak 36,678 unit, Kia Sorento XM (4,245), Man TGS (291), Ford Everest (288), Audi E-Tron GT (168) dan Mercedes-Benz serta Mercedes-AMG (18).

Turut dipanggil model Honda Civic dan Honda CR-V daripada tahun pengeluaran 2022 hingga 2024, Kia Sorento XM (2010-2015), Man TGS (2021-2023), Ford Everest (2022-2024), Audi E-Tron GT (2022-2023) dan Mercedes-Benz serta Mercedes-AMG (2017-2023).

"Setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan mereka.

"Oleh yang demikian, semua pemilik kenderaan model yang terlibat diminta untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Aedy Fadly berkata mana-mana komponen yang terlibat dalam isu itu akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut proses pemanggilan semula itu, pemilik kenderaan boleh menghubungi atau mengunjungi mana-mana pusat jualan serta perkhidmatan yang berdekatan.

"JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terlibat akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Bangkok Skyscraper Collapses After Earthquake – Do' 20 secs ago
A visitor from Florida viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'SC kemas kini garis panduan tawaran saham syarikat' 31 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 45 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 49 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 50 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik ha' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Projek tambak tanah di Persiaran Karpal Singh tida' 1 hr 10 mins ago