Translate

20 February 2025

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh



Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh

Bernama

20/02/2025


Perbicaraan kes Datuk Seri Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan. - Gambar fail/Reuters


PUTRAJAYA: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan kerana saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan, gagal dikesan.

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan kerana saksi utama, Brian Chia, gagal dikesan.

Pihak pembelaan dan pendakwaan berusaha untuk mengesan saksi tersebut, namun masih tidak berjaya.

Najib berdepan 25 pertuduhan termasuk penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan pengubahan wang haram.

"Chia pada asalnya berada dalam senarai saksi pendakwaan dan telah memberikan keterangan. Namun beliau tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa kes pendakwaan, tetapi ditawarkan kepada pihak kami sebagai saksi.

"Sejak Januari tahun ini, kami cuba menghubungi saksi ini tetapi gagal, dan kami juga meminta bantuan daripada pihak pendakwaan yang memaklumkan kepada kami (pihak pembelaan) bahawa mereka juga tidak dapat menghubungi atau menjejakinya," kata Wan Azwan Aiman.

Menurut Wan Azwan Aiman lagi, pihaknya juga telah menghubungi dan bercakap dengan peguam lain, namun mereka juga tidak tahu di mana beliau berada.

"Mengikut andaian kami, beliau bukan berada dalam bidang kuasa. Memandangkan Brian Chia seorang sahaja saksi yang berada dalam senarai untuk dipanggil hari ini, pihak pembelaan memohon agar perbicaraan ditangguhkan sehingga pagi esok," katanya.

Hakim kemudiannya bertanyakan kepada Wan Azwan Aiman mengenai tindakan seterusnya sekiranya saksi itu masih tidak dapat dihubungi.

Wan Azwan Aiman berkata pihak pembelaan akan meneruskan dengan memanggil saksi lain untuk memberikan keterangan.

"Tapi, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk mencari usaha terbaik supaya saksi itu dapat dipanggil untuk memberikan keterangan bagi pihak pembelaan," kata Wan Azwan Aiman.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bersetuju bahawa Chia adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, dan mereka akan sedaya upaya membantu mengesannya.

Hakim kemudiannya membenarkan penangguhan prosiding sehingga pagi esok.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib berdepan 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 12 mins ago
A visitor from La habra viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 14 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 17 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 23 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 28 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'President Donald Trump signs an executive order ta' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 44 mins ago