Translate

23 February 2025

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah



Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah

Bernama

23/02/2025


Amir Hamzah (foto) berkata berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya. -Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan prestasi memberangsangkan pada suku ketiga 2024 dengan pendapatan pelaburan sebanyak RM57.5 bilion, lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Berdasarkan prestasi kukuh ini, pencarum boleh mengharapkan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

"Kalau kita tengok prestasinya sehingga suku ketiga tahun lepas, ia (prestasi) menggalakkan. Sehingga suku ketiga, ia (KWSP) dah dapat RM57.5 bilion (pendapatan pelaburan). Lebih baik daripada tahun sebelumnya.

"Oleh itu, insya-Allah prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah.

"Boleh kata lebih baik. Insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF anjuran Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.

KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada 2023 iaitu 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional berbanding 5.35 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.

Bagi Simpanan Shariah, 5.40 peratus direkodkan berbanding 4.75 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.

KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.

Terdahulu, beberapa pakar ekonomi dan akademik menjangkakan dividen KWSP bagi tahun 2024 melebihi enam peratus.

Sementara itu, lebih 3,700 peserta menyertai Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF, yang diadakan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 melibatkan penyertaan daripada kalangan warga MOF dan orang awam.

Pada program itu, Amir Hamzah bersama pengurusan tertinggi MOF berjaya menamatkan larian bagi kategori tiga kilometer.

Amir Hamzah berkata penganjuran acara larian itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga MOF dan orang awam mengenai ASEAN dari aspek penubuhan, peranan dan kepentingan pertubuhan ASEAN kepada Malaysia dan negara anggotanya.

Selain itu, katanya pendedahan turut melibatkan aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun ini terutamanya oleh MOF sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia melalui Trek Kewangan.

"Penganjuran larian ini juga dapat menyokong amalan hidup sihat terutamanya dalam kalangan warga kerja MOF. Ini amat bertepatan dengan nilai MADANI Kesejahteraan yang turut memberi penekanan kepada keseimbangan dalam kehidupan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Singer Yuna engaged to Adam Sinclair the brother o' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’ | ' 13 mins ago
A visitor from Croydon viewed 'Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara |' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 19 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 28 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 30 mins ago