Translate

10 February 2025

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura



3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura

Bernama

10/02/2025


Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di luar sebuah pusat beli-belah di timur Singapura pada pagi Isnin. - Foto Facebook/Singapore roads accident.com


SINGAPURA: Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di luar sebuah pusat beli-belah di timur Singapura pada pagi Isnin, kata polis, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku kira-kira 7.50 pagi (2350 GMT Ahad) apabila sebuah kereta putih tiba-tiba merempuh hentian teksi di Serangoon Central, melanggar sebuah teksi yang sedang berhenti dan tiga pejalan kaki, termasuk seorang wanita berusia 42 tahun, anak lelakinya dan seorang wanita berusia 48 tahun.

Pemandu teksi, seorang lelaki berusia 59 tahun, mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dimasukkan ke hospital, menurut polis.

Pemandu kereta berusia 34 tahun itu kini membantu pihak berkuasa dalam siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED