Translate

23 February 2025

3 anggota polis dirakam keterangan susulan dakwaan pemerasan



3 anggota polis dirakam keterangan susulan dakwaan pemerasan

BULETIN TV3

23 Februari 2025

Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya susulan dakwaan membuat serbuan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta melakukan pemerasan ketika Ops Tapis, di Damansara di sini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan tiga anggota yang terlibat dalam serbuan itu.

“Kita membuka siasatan di bawah tatatertib. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

19 Februari lalu, media melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan anggotanya membuat serbuan tidak mengikut SOP serta melakukan pemerasan ketika Ops Tapis, di Damansara di sini, tahun lalu.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, pihaknya mengesan satu kenyataan dan video tular melalui aplikasi media sosial Facebook (FB) pada jam 1 tengah hari.

Beliau dilaporkan berkata, kandungan berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara.

“Kejadian video tular itu berlaku pada 10 Oktober 2024 ketika melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara,” katanya.

Sebelum ini, tular kenyataan oleh pemilik akaun FB mendakwa diperas ugut empat anggota polis yang datang ke kediamannya dan bertindak memecahkan kamera litar tertutup (CCTV) serta melakukan pemerasan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed '15 countries have sent trade deal p' 3 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 17 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Polis tumpas skim penipuan pelaburan, rampas aset ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '‘Saya ditahan ketika pergi dan balik di KKIA’ - Ah' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 25 mins ago