Translate

24 October 2024

Segerakan gencatan senjata, tubuh negara Palestin berdaulat - BRICS



Segerakan gencatan senjata, tubuh negara Palestin berdaulat - BRICS

Astro Awani

24/10/2024


Lavrov (kanan) ketika menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan. - Foto BRICS/Stanislav Krasilnikov


KAZAN, RUSIA: Sembilan negara anggota BRICS mengeluarkan kenyataan bersama menggesa gencatan segera di Gaza dan Lubnan pada Sidang Kemuncaknya hari ini.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, sejurus gencatan senjata dicapai, langkah segera perlu diambil untuk menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

“Dalam deklarasi hari ini, para pemimpin BRICS menggesa agar pertumpahan darah ditamatkan segera di Semenanjung Gaza dan selatan Lubnan dan semua isu kemanusiaan ditangani kerana krisis kemanusiaan terbesar sedang melanda orang awam di sana,” katanya.

Lavrov berkata, perang berlanjutan sudah lebih setahun di Gaza kerana Amerika Syarikat enggan mendesak Israel.

“Adakah rundingan (gencatan senjata) membuahkan sebarang hasil? Perang masih berlanjutan, bermakna semua rundingan gagal membuahkan hasil.

“Sebab utamanya adalah Amerika Syarikat enggan mempengaruhi Israel,” katanya.

Washington telah berulang kali menggesa gencatan senjata di Gaza, manakala Israel mendakwa operasinya di Gaza dan Lubnan adalah perlu untuk memelihara keselamatannya.

Setakat ini, lebih 44,000 orang terbunuh dalam perang di Gaza manakala kira-kira 2,400 orang disahkan terkorban di Lubnan.

Sidang Kemuncak BRICS ke-16 yang berlangsung dari 22 ke 24 Oktober menghimpunkan pemimpin dari 22 negara dan delegasi dari 36 negara.

Ia merupakan Sidang Kemuncak BRICS pertama yang dihadiri oleh delegasi Malaysia, yang diketuai oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi bakal mengetengahkan konflik di Palestin dan Lubnan dalam ucapan Kenyataan Negara pada 24 Oktober ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED