Translate

24 October 2024

Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye



Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye

Agensi

24/10/2024


Imej tangkap layar daripada video kamera keselamatan menunjukkan dua orang bersenjata api dan beg galas memasuki premis Turkish Aerospace Industries sebelum melakukan serangan. - Gambar AP


ANKARA : Kerajaan Turkiye menegaskan, kumpulan pemberontak Kurdish 'kemungkinan besar' berada di belakang serangan ke atas Turkish Aerospace Industries yang kini sudah meragut lima nyawa.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata: "Serangan pengganas ke atas [TAI] berkemungkinan besar berkaitan dengan tindakan [Parti Pekerja Kurdistan] PKK, ini adalah penilaian kami.

"Kami akan berkongsi pengenalan dan bukti lain sebaik sahaja hasil siasatan semakin jelas," katanya.

Terdahulu, sebelum Yerlikaya bercakap, Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler juga cuba menyalahkan kumpulan pemberontak Kurdish.

Kata beliau kepada pemberita: "Kami kenakan hukuman yang setimpal kepada anggota PKK yang sepatutnya mereka terima setiap kali, tetapi mereka tidak pernah sedar." - Agensi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED