Translate
01 October 2024
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Bernama
01/10/2024
Ahmad Shabery semasa Mesyuarat Kerja Kebangsaan KEIND kali ke-3 pada Isnin. - Gambar FB Felda
JAKARTA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya, dengan firma dalam Dewan Usahawan Indonesia (KEIND) untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggariskan potensi memanfaatkan gabungan pengetahuan termasuk sumber Malaysia dan Indonesia dalam mewujudkan pasaran yang lebih besar serta menguntungkan.
"Kami berharap dapat bekerjasama ke arah mencari pasaran yang lebih meluas di Eropah, Afrika, Jepun, dan Korea Selatan, yang akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak ," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Kerja Kebangsaan KEIND kali ke-3, di sini, pada Isnin.
"Sinergi antara Malaysia dan Indonesia akan membawa manfaat yang besar, bukan sahaja untuk kedua-dua negara, tetapi juga kepada rantau Asia Tenggara."
Acara yang memfokuskan kepada daya tahan, kemampanan termasuk pembangunan inklusif itu, mengumpulkan usahawan, pegawai kerajaan dan pemimpin perniagaan dari seluruh Asia serta Afrika.
Dalam ucapannya, Ahmad Shabery menyifatkan hubungan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia sama seperti dua negara sahabat yang berkongsi warisan budaya dan sejarah yang kaya.
"Kami mempunyai potensi besar untuk menyokong antara satu sama lain yang merentasi pelbagai bidang," kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2015 hingga 2018 itu.
Beliau turut menyatakan kejayaan beberapa perniagaan Indonesia di Malaysia seperti rangkaian kedai kopi, Kopi Kenangan, yang memasuki pasaran Malaysia pada 2022 dan berkembang pesat selepas COVID-19.
Indomie, jenama mi segera popular Indonesia, terus menikmati pasaran yang meluas di Malaysia dan di peringkat global, manakala Kopiko, jenama gula-gula kopi negara itu telah mengekalkan popularitinya di Malaysia selama bertahun-tahun sambil berinovasi dengan penawaran produk baharu, tambahnya.
KEIND ditubuhkan di Jakarta untuk menghimpunkan usahawan kecil, sederhana dan besar daripada pelbagai sektor, ia kini beroperasi di 28 wilayah di seluruh Indonesia, dengan wakil di pelbagai daerah, bandar serta antarabangsa. - BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
-
No more single-use plastic bags at 20 retail chains from Oct 1 - Nga Bernama 26/09/2024 From Oct 1, 20 hypermarkets, supermarkets, convenie...
-
Naomi Campbell banned as charity trustee after probe finds misconduct Bernama 27/09/2024 British supermodel Naomi Campbell has been disquali...
-
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun Bernama 30/09/2024 PR1MA memiliki 88 projek di seluruh negara menerusi pelbagai fasa pemb...
-
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman Sinar Harian 29/09/2024 Individu disyaki berperanan sebagai pengendali ...
-
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal Bernama 30/09/2024 Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot...
-
83,700 students to benefit from "Anak Kita" programme - Fadhlina Bernama 27/09/2024 A total of 83,752 students, involving 3,458 s...
-
Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil as at end-August 2024 - BNM Bernama 30/09/2024 According to Bank Negara Malaysia, pr...
-
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet Sinar Harian 29/09/2024 SPRM mengesahkan pihaknya telah berjumpa dengan Maszlee untuk mendapatkan mak...
Popular Posts - Last 30 days
-
Malaysia COVID-19 cases soar above 5k Melissa Fernando ASRTRO AWANI Julai 16, 2022 = Malaysia COVID-19 cases soar above 5k There were eigh...
-
37 individuals remanded in probe into misappropriation of PenjanaKerjaya funds Bernama Julai 15, 2022 MACC today remanded 37 individuals to...
-
All Malaysian pilgrims complete haj pilgrimage Bernama Julai 12, 2022 All 14,305 Malaysian pilgrims have completed the Haj without any unt...
-
BBQ Buffet Buy 2 Free 1 Experience a sumptuous BBQ Steamboat Buffet Dinner with Royale Chulan's exclusive "Buy 2 Free 1&qu...
-
Wan Saiful trial: Prosecution witness says RM38,160 deposited into Sinar Karangkraf account Bernama 18/09/2024 Former Bersatu Information c...
-
Twitter sues Elon Musk to hold him to $44 billion deal Reuters Julai 13, 2022 The lawsuit accused Musk of "a long list" of viola...
-
Shahrol Azral transferred 1MDB money to Jho Low's company twice - Najib's lawyer Named 02/09/2024 Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi...
-
Evening Standard Otter attack in Malaysia leaves woman bloodied and unable to stand EVENING STANDARD 12 September 2024 Otter attack in Mal...
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
Blog Archive
-
▼
2024
(3071)
-
▼
Oct 2024
(6)
- Negeri Sembilan harap rancangan bina Koridor Perin...
- KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pel...
- Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan ...
- KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditu...
- Video lelaki lepas tembakan di tempat awam adalah ...
- Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diese...
-
▼
Oct 2024
(6)