Translate
03 October 2024
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bernama
03/10/2024
Jumlah dagangan susut kepada 3.29 bilion unit bernilai RM2.52 bilion daripada 3.86 bilion unit bernilai RM2.73 bilion pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.
Maybank dan Public Bank menerajui kenaikan, meningkat lapan sen dan empat sen masing-masing kepada RM10.54 dan RM4.57, menyumbang 2.94 mata kepada indeks petunjuk pasaran tempatan.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.24 mata, atau 0.14 peratus, untuk ditutup kepada 1,641.55. Indeks utama itu dibuka tinggi naik 1.39 mata kepada 1,640.70 dan berlegar antara paras 1,630.45 dan 1,643.82 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 504 berbanding 473, dengan 545 kaunter tidak berubah, 890 tidak diniagakan dan sembilan digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 3.29 bilion unit bernilai RM2.52 bilion daripada 3.86 bilion unit bernilai RM2.73 bilion pada Rabu.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata bursa tempatan, yang pada awalnya mendapat tekanan daripada ketegangan geopolitik di Timur Tengah, pulih semula apabila pelabur memburu saham berharga rendah.
"Aktiviti membeli saham berharga rendah dalam kaunter perbankan, perjudian dan tenaga membantu menaikkan FBM KLCI.
"Walaupun ketidaktentuan global, sentimen pasaran bertambah baik menjelang akhir sesi dagangan, yang membawa kepada minat belian baharu," katanya kepada Bernama.
Thong berkata, pasaran ekuiti tempatan dijangka terus diniagakan berhati-hati.
"Dengan penilaian pada harga rendah dan keadaan ekonomi yang bertambah baik, aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka berterusan.
"Kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,630 hingga 1,645 menjelang hujung minggu dengan paras rintangan serta-merta dijangkakan pada 1,670 dan paras sokongan pada 1,635," katanya.
Mohd Sedek Jantan, ketua penyelidikan pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors berkata walaupun para pelabur mengalu-alukan pakej rangsangan terbaharu China, keberkesanan jangka panjangnya masih menjadi tanda tanya.
"Memandangkan hasil kurang memberangsangkan daripada langkah-langkah fiskal sebelum ini, kebimbangan terhadap kemampanan impak daripada (pakej rangsangan terkini) ke atas pasaran adalah wajar.
"Selain itu, dengan pasaran saham China ditutup berikutan cuti Golden Week pada minggu ini, respons terhadap pakej rangsangan terbaharu yang diumumkan pada hari Rabu itu hanya boleh dinilai pada minggu depan," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, CIMB Group naik satu sen kepada RM7.99, Petronas Chemicals meningkat tujuh sen kepada RM5.77 manakala Tenaga Nasional susut 2.0 sen kepada RM14.28. IHH Healthcare dan Hong leong Bank tidak berubah, masing-masing pada RM7.24 dan RM21.30.
Dalam kalangan kaunter cergas, Talam Transform susut setengah sen kepada 2.0 sen, Capital A turun 2.5 sen kepada 91 sen, MYeG jatuh satu sen kepada 88 sen dan Focus Dynamics tidak berubah pada 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 3.62 mata kepada 12,269.77, Indeks FBM Emas Shariah susut 22.73 mata kepada 12,181.40 dan Indeks FBMT 100 menambah 2.27 mata kepada 11,963.29. Indeks FBM 70 menyusut 49.10 mata kepada 17,296.23 manakala Indeks FBM ACE turun 10.07 mata kepada 5,115.75.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 9.52 mata kepada 7,181.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.64 mata kepada 176.82 manakala Indeks Tenaga naik 6.71 mata kepada 857.81. Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 96.21 mata kepada 19,261.05.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.41 bilion unit bernilai RM2.22 bilion daripada 1.68 bilion unit bernilai RM2.34 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran turun kepada 1.56 bilion unit bernilai RM216.43 juta daripada 1.76 bilion unit bernilai RM280.83 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 306.83 juta unit bernilai RM77.76 juta daripada 413.31 juta unit bernilai RM102.63 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 313.66 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (209.43 juta), pembinaan (182.59 juta), teknologi (143.55 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (96.31 juta), hartanah (207.45 juta), perladangan (27.46 juta), REITs (7.78 juta), dana tertutup (18.100), tenaga (68.23 juta), penjagaan kesihatan (44.33 juta), telekomunikasi dan media (21.23 juta), pengangkutan dan logistik (30.23 juta), utiliti (58.26 juta), dan amanah perniagaan (551,600 juta).
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
-
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM Bernama 30/09/2024 Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ...
-
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal Bernama 30/09/2024 Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot...
-
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun Bernama 30/09/2024 PR1MA memiliki 88 projek di seluruh negara menerusi pelbagai fasa pemb...
-
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia Bernama 01/10/2024 Ahmad Shabery semasa Mesyuarat Kerja Kebangsaan KEIND kali k...
-
Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam Afiezy Azaman 01/10/2024 Perbuatan suspek itu dirakam 'dashcam' milik ken...
-
Naomi Campbell banned as charity trustee after probe finds misconduct Bernama 27/09/2024 British supermodel Naomi Campbell has been disquali...
-
No more single-use plastic bags at 20 retail chains from Oct 1 - Nga Bernama 26/09/2024 From Oct 1, 20 hypermarkets, supermarkets, convenie...
-
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman Sinar Harian 29/09/2024 Individu disyaki berperanan sebagai pengendali ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Malaysia COVID-19 cases soar above 5k Melissa Fernando ASRTRO AWANI Julai 16, 2022 = Malaysia COVID-19 cases soar above 5k There were eigh...
-
37 individuals remanded in probe into misappropriation of PenjanaKerjaya funds Bernama Julai 15, 2022 MACC today remanded 37 individuals to...
-
BBQ Buffet Buy 2 Free 1 Experience a sumptuous BBQ Steamboat Buffet Dinner with Royale Chulan's exclusive "Buy 2 Free 1&qu...
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
-
Wan Saiful trial: Prosecution witness says RM38,160 deposited into Sinar Karangkraf account Bernama 18/09/2024 Former Bersatu Information c...
-
Twitter sues Elon Musk to hold him to $44 billion deal Reuters Julai 13, 2022 The lawsuit accused Musk of "a long list" of viola...
-
Evening Standard Otter attack in Malaysia leaves woman bloodied and unable to stand EVENING STANDARD 12 September 2024 Otter attack in Mal...
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
-
Officials describe apparent assassination attempt on Donald Trump Trump was the subject of an apparent assassination attempt at his...
-
Mini-mart king hits billionaire status in Malaysia’s hot IPO market Spngapore Straits Times Lee Thiam Wah will be minted as a billionaire a...
Blog Archive
-
▼
2024
(3133)
-
▼
Oct 2024
(68)
- Lelaki terjatuh semasa lakukan kerja penyelenggara...
- Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli ...
- Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di b...
- Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan...
- Permohonan visa pelajar antarabangsa turun mendada...
- Kes saman fitnah selesai, Syed Saddiq mohon maaf k...
- Industri kreatif digital Malaysia berkembang, pero...
- Majlis Keselamatan PBB nyatakan sokongan tidak ber...
- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong b...
- Ong Beng Seng set to be charged on Oct 4 over Iswa...
- Bas terbakar ragut 23 nyawa, pemandu bas akan didakwa
- Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekista...
- ASAP DALAM KABIN | Pesawat Firefly Berpatah Balik ...
- FBI REVEALS Jennifer Lopez ESCAPES the Country Aft...
- Aston Villa Shock Bayern Munich 1-0 | Champions Le...
- Seniman legenda Rajinikanth stabil selepas dirawat...
- Israel lancar serangan udara di tengah Beirut
- Operasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap di...
- Ringgit diniaga pada 4.17 awal hari ini, naik berb...
- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
- Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo Chi...
- BNM issues commemorative coins to mark Sultan Ibra...
- Terengganu to adopt cautious approach to GISB busi...
- Singapore's former transport minister jailed for 1...
- Diddy Sexual Abuse Scandal: Known Celebs and Minor...
- PM Anwar tiba di Islamabad untuk lawatan tiga hari...
- MadaCorp CEO apologises for snubbing Mat Sabu
- Malaysia's JDT Beat Top Chinese Club Shanghai Shen...
- PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
- Bertumbuk Gara-Gara Kad TnG Tidak Berfungsi #MGFlash
- Users can log in MyJPJ application without having ...
- Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
- Aktres senior Indonesia, Marissa Haque, meninggal ...
- Act 852 to be enforced prudently - Dzulkefly
- Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO berm...
- Iran says it has finished attack on Israel amid fe...
- Airlines scramble to divert flights after Iran mis...
- Israel vows response to Iran missile attack as fea...
- Lahad Datu incursion: Federal Court upholds death ...
- BNM issues commemorative coins to mark Sultan Ibra...
- Najib's conduct clearly demonstrates vested intere...
- Children rescued from GISB face PTSD, higher risk ...
- MOH forms task force to investigate Lahad Datu pat...
- Witness says project will be awarded if MoU with C...
- Uncle Roger Start A Restaurant... And Break World ...
- ACLE: JDT catat kemenangan pertama, tewaskan Shang...
- Jimmy Carter catat sejarah bekas presiden AS perta...
- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dipenga...
- Sheinbaum sworn in as Mexico's first female presid...
- Kerajaan peruntuk RM8 juta tampung kos bina pusat ...
- Isteri Sabari mahu tindakan undang-undang setimpal...
- BTS member Suga fined $11,500 for drunk driving on...
- Elderly urged to get influenza vaccine to avoid se...
- JPJ upgrades MyJPJ app following high demand for s...
- Individuals claiming to have seen ‘total loss’ veh...
- Cabinet approval needed for ending subsidies for a...
- Najib believed RM2 billion was a Saudi donation, c...
- Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Se...
- Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit ...
- Ringgit terus kukuh, diniaga pada paras 4.12 berba...
- Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-...
- AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutan...
- Negeri Sembilan harap rancangan bina Koridor Perin...
- KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pel...
- Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan ...
- KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditu...
- Video lelaki lepas tembakan di tempat awam adalah ...
- Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diese...
-
▼
Oct 2024
(68)