Translate

29 April 2024

Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap



Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap

Bernama

29/04/2024
Muhamad Alif Abdul Jamal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. - Foto Bernama


Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap

Muhamad Alif Abdul Jamal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap, tiga tahun lepas.

Muhamad Alif Abdul Jamal, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Menurut pertuduhan, Muhamad Alif yang ketika itu bertugas di Lokap Balai Polis Chukai didakwa menerima suapan RM1,000 pada 17 April 2021 dan RM450 pada 30 Nov tahun sama daripada Jainah Mohamed Abdullah untuk membawa masuk tembakau ke dalam lokap balai polis terbabit kepada Mohd Firdaus Mohd Zahid.







Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa Nur Raihan Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Mariah mencadangkan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengemukakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mendekati saksi pendakwaan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri pada SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.

Masliela merayu agar anak guamnya ditawarkan jaminan yang rendah memandangkan anak bongsu kepada tiga beradik itu menanggung ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan.

Hakim Mohd Azhar seterusnya mengarahkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pasukan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 5 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 6 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 7 hrs ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 7 hrs 8 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 10 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 21 mins ago