Pengarah dan pelakon, Nam Ron mengulas mengenai tenik alih suara yang didakwa digunakan dalam video bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Nam Ron berkata, dalam penghasilan video atau filem terdapat beberapa teknik bagi menggantikan atau merakamkan semula dialog yang rosak.
Bagaimanapun, menurut beliau, proses yang perlu dilakukan sewaktu post production di studio bukan mudah kerana seseorang perlu memastikan gerak bibir harus selari dengan ucapan dialog.
Katanya, adalah sesuatu yang mustahil untuk menggantikan dialog lain yang tidak seperti diucapkan dalam rakaman asal.
Tambah Nam Ron, teknik alih suara seperti yang dikatakan Abdul Wahab hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama.
Nam Ron menasihatkan, sebelum membuat sesuatu kenyataan perlu merujuk dahulu dengan orang yang tahu tentang selok belok suntingan.