Translate

26 November 2023

Konsert Coldplay: Fahmi Fadzil akan saman pihak cetus fitnah



Konsert Coldplay: Fahmi Fadzil akan saman pihak cetus fitnah

ASTRO AWANI

Jelas Fahmi, perkara itu terkait dengan satu hantaran grafik yang mengaitkan gambarnya yang mempunyai unsur fitnah dan berbeza dengan konteks sebenar.

November 26, 2023 21:14 MYT

Konsert Coldplay: Fahmi Fadzil akan saman pihak cetus fitnah

Jelas Fahmi, perkara itu terkait dengan satu hantaran grafik yang mengaitkan gambarnya yang mempunyai unsur fitnah dan berbeza dengan konteks sebenar. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah dirinya berhubung isu penganjuran konsert Coldplay.

Jelasnya, perkara itu terkait dengan satu hantaran grafik yang mengaitkan gambarnya yang mempunyai unsur fitnah dan berbeza dengan konteks sebenar.

Fahmi memberitahu, tindakan itu akan dibuat terhadap Gerakan Pengundi Sedar menerusi barisan peguamnya.







“Ia mendakwa konon saya mengucapkan ‘Alhamdulillah, konsert itu berjalan dengan baik’, walhal tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat.

““Ia lari daripada apa yang saya sebut sendiri dan saya akan minta peguam untuk teliti pihak yang membuat infografik berkenaan sebelum diambil tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas Kongres PKR 2023 di sini pada Ahad.

Tambahnya, perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana tindakan sama telah dikenakan terhadap beberapa pihak sebelum ini tentang isu yang sama.

“Mereka memesongkan fakta dan dalam kes ini juga ada pihak-pihak tertentu dengan motif mereka yang tertentu telah pesongkan kenyataan yang saya buat.

“Jawapan itu saya jawab menerusi soalan seorang wartawan, dan ia sangat jelas dalam laporan berita tersebut jadi saya beri peringatan kepada para netizen.

“Kalau nak buat grafik janganlah sehingga memfitnah menimbulkan satu rasa benci terhadap individu termasuklah diri saya jadi kita akan ambil tindakan undang-undang dalam isu ini,” ujarnya lagi.

Konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu dihadiri kira-kira 85,000 penonton dengan bertemakan Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur’.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'To begin three-day state visi' 3 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 29 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 35 mins ago