Translate

24 November 2023

Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal, polis mohon maklumat orang awam



Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal, polis mohon maklumat orang awam

Bernama

November 24, 2023
Berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota. -Gambar Bernama

Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal, polis mohon maklumat orang awam

Berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota. -Gambar Bernama

IPOH: Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar 5.39 petang.

"Kejadian sekitar 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.







Hafezul Helmi berkata berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

"Hasil pertanyaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun itu, mereka telah dihalau dari sebuah rumah dekat Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.

"Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang," katanya.

Hafezul Helmi berkata keempat-empat adik beradik itu telah dihantar ke Rumah Perlindungan Gopeng bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Katanya pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak tersebut.

"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED