Translate

23 November 2023

DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17



DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Bernama

November 23, 2023
Pada 27 Okt lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Pada 27 Okt lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata seluruh Ahli Dewan yakin akan kepimpinan baginda untuk menerajui Malaysia selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

"Sebagai teras kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini, DUN Johor amat berkeyakinan dengan pentadbiran baginda dalam membawa Malaysia terus maju dengan kemakmuran dan perpaduan," katanya.







Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari pertama Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan baginda sebagai ketua negara.

"Terima kasih atas nasihat dan panduan diberikan bagi memastikan Johor mencapai matlamat Johor Maju 2030. Terima kasih juga kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak lekang memberi motivasi dan inspirasi dalam memacu kemajuan negeri ini," katanya.

Selain itu, Onn Hafiz (BN-Machap) turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

"Marilah kita juga berdoa agar Piala Malaysia juga menjadi milik JDT," katanya semasa berucap pada persidangan DUN Johor sebelum memulakan pembentangan Belanjawan Johor 2024 hari ini.

Pada 27 Okt lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan dilaporkan berkata perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 yang diadakan di lstana Negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED