Translate

23 November 2023

Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan



Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan

ASTRO AWANI

November 23, 2023
Siasatan mendapati gambar kanak-kanak lelaki yang tular di laman sosial itu merupakan mangsa serangan beruk

Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan

Siasatan mendapati gambar kanak-kanak lelaki yang tular di laman sosial itu merupakan mangsa serangan beruk. - Gambar/ Ihsan pembaca

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menafikan berlakunya serangan harimau hingga mencederakan seorang kanak-kanak di Gerik, seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, siasatan mendapati gambar kanak-kanak lelaki yang tular di laman sosial itu merupakan mangsa serangan beruk.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian itu dikatakan berlaku di Meranto, Gua Musang, Kelantan pada Isnin lalu.







"Diharapkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar hingga boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial foto seorang kanak-kanak cedera yang didakwa diserang harimau, kononnya berlaku di sebuah kampung di Gerik.

Dalam perkembangan lain, Yusoff berkata, tindakan diambil terhadap aduan kehadiran seekor harimau di kawasan Air Jada dekat Kenering.

"Kami terima banyak aduan sebelum ini dan perangkap telah pun dipasang di kawasan berkenaan," ujarnya.

Beliau mengulas mengenai laporan seorang lelaki Orang Asli telah terserempak dengan seekor harimau di kebun Felcra Air Jada pada Selasa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED