Translate

18 November 2023

TNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik






TNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik
Bernama
November 18, 2023 00:16 MYT

Wakil pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa kanak-kanak tersebut di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini. - Gambar fail/Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyalurkan segala bantuan termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan seorang kanak-kanak yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

TNB, dalam satu kenyataan hari, memaklumkan pihaknya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan memastikan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendapat rawatan yang terbaik.

Katanya, wakil pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa kanak-kanak tersebut di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
 
"Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan.

"Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka," menurut kenyataan itu.

TNB-KOS 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.


Semalam, media melaporkan mangsa melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik dipercayai tersentuh perkakasan elektrik selepas memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola yang terpanting masuk.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 31 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 33 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 5 hrs 2 mins ago