Translate

15 November 2023

SPRM buat laporan polis tuduhan ahli Bersatu



SPRM buat laporan polis tuduhan ahli Bersatu

Astro Awani

November 15, 2023
SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini.

SPRM buat laporan polis tuduhan ahli Bersatu

SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berkaitan tuduhan yang dipercayai dikeluarkan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan terbabit dibuat pada Rabu, berikutan satu hantaran dalam aplikasi TikTok di atas nama pemilik akaun @wancin11 yang memaparkan kenyataan Razali itu.

"Di dalam hantaran berkenaan, Razali telah mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau sewaktu majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.







"Beliau menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan, serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini.

"SPRM adalah sebuah badan penguat kuasa yang diperkasakan oleh undang-undang untuk melaksanakan fungsi dan peranan membanteras rasuah dengan bebas dan profesional tanpa dikawal oleh mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, SPRM berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera terhadap mereka yang mengeluar dan menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar nasihat semua pihak jan' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 b' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 1 hr 8 mins ago
A visitor from California viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago