Translate

18 November 2023

Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu



Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu

Astro Awani

November 18, 2023
Qaseh Aulia Faizul dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada 10 Oktober lalu. - Gambar fail

Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu

Qaseh Aulia Faizul dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada 10 Oktober lalu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat ke atas Qaseh Aulia Faizul yang meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada Oktober lalu mendapati, bayi berusia dua bulan itu maut akibat sesak nafas.

Menurut ibu mangsa, Maisarah Rosli, punca kematian itu dinyatakan dalam laporan hasil bedah siasat yang diperoleh daripada pakar perubatan forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Jumaat.

“Sesungguhnya jangkaan awal kami adalah benar, punca kematian disebabkan oleh sesak nafas berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan Qaseh Aulia diletakkan dalam posisi meniarap dalam keadaan dibedung,” dakwa Maisarah dalam satu kenyataan hari ini.







Dia yang mendakwa terdapat unsur kecuaian dalam kejadian itu menegaskan, akan terus berusaha untuk mencari keadilan dan tidak menolak kemungkinan mendapatkan khidmat guaman.

“Semoga kematian bayi kami dapat keadilan sewajarnya. Kami akan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan sedia memberi kerjasama dalam proses bagi mendapatkan keadilan.

“Ucapan terima kasih juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PPUM yang memberikan komitmen tinggi dalam kes ini,” tambahnya.

Sebelum ini, Qaseh Aulia dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada 10 Oktober lalu.

Bayi itu telah menjalani proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, dan selamat dikebumikan pada hari berikutnya.

Susulan kematiannya, PDRM menahan seorang pengasuh warga asing bagi dirakam percakapan sebelum dia dibebaskan dengan jaminan.

JKM turut menyita taska berkenaan kerana dilaporkan tidak berdaftar bersama jabatan itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 48 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 50 mins ago