Translate

14 November 2023

Pusat panggilan judi: Polis Sarawak tahan 26 warga asing



Pusat panggilan judi: Polis Sarawak tahan 26 warga asing

Bernama

November 14, 2023
Datuk Mancha Ata menunjukkan barang rampasan dalam serbuan sindiket pusat panggilan perjudian yang ditumpaskan pihaknya di Kuching. - Gambar/ Bernama

Pusat panggilan judi: Polis Sarawak tahan 26 warga asing

Datuk Mancha Ata menunjukkan barang rampasan dalam serbuan sindiket pusat panggilan perjudian yang ditumpaskan pihaknya di Kuching. - Gambar/ Bernama

KUCHING: Polis menahan 26 warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pusat panggilan perjudian dalam talian, menerusi tiga serbuan di sekitar bandar raya itu, minggu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata mereka yang ditahan itu 23 orang lelaki dan tiga orang wanita dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Lorong Dogan 3 di sini pada 7 Nov lalu, seramai sembilan individu telah ditahan serta pelbagai peralatan seperti komputer telah dirampas.







"Dalam serbuan kedua dan ketiga di sebuah kondominium di Jalan Sunny Hill Garden pada 8 Nov lalu pula, seramai 17 individu telah ditahan," katanya.

"Mereka yang ditahan merupakan operator pengendali perjudian tersebut dengan gaji sebanyak RM1,200 hingga RM1,600 sebulan. Siasatan mendapati pusat perjudian tersebut telah beroperasi selama satu tahun tiga bulan, berdasarkan rekod transaksi.

"Jumlah keuntungan kasar bagi sindiket tersebut mencecah RM240,000 sebulan dan pemilik sebenar premis sedang dikesan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Mancha berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan semua yang ditahan, direman di bawah Akta Imigresen selama 14 hari.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED