Translate

03 November 2023

Pan Gon harap kelayakan Piala Dunia menentang Krygzstan, kekal di Stadium Nasional



Pan Gon harap kelayakan Piala Dunia menentang Krygzstan, kekal di Stadium Nasional

Bernama

November 3, 2023
Pan Gon berkata, keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin baik, berdasarkan kepada penilaian terkini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), semalam.- Gambar fail/Bernama

Pan Gon harap kelayakan Piala Dunia menentang Krygzstan, kekal di Stadium Nasional

Pan Gon berkata, keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin baik, berdasarkan kepada penilaian terkini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), semalam.- Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon berharap anak buahnya akan dapat memulakan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 Nov ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harimau Malaya dijadualkan untuk memulakan cabaran kelayakan dalam Kumpulan D bertemu pasukan ke-97 dunia Kyrgystan, sebelum ke Taipei untuk bertemu Taiwan (152 dunia), pada 21 Nov.

Walaupun rumput baharu di Stadium Nasional dilihat belum bersedia sepenuhnya dan menerima kritikan kerana kualiti buruknya ketika Pestabola Merdeka dari 13-17 Okt, Pan Gon mahu stadium itu kekal sebagai kubu skuad kebangsaan.







Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata keadaan padang itu semakin baik, berdasarkan kepada penilaian terkini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), semalam.

"Stadium Nasional ialah rumah Harimau Malaya, oleh sebab itu peminat dan pemain telah biasa dengan suasana stadium ini. Menjadi harapan saya untuk perlawanan menentang Kyrgystan akan dapat dimainkan di Stadium Nasional.

"Lokasinya di Lembah Klang tentunya mempunyai kelebihan dan memudahkan kehadiran penyokong. Ia juga dapat mengurangkan masa pergerakan Harimau Malaya berbanding jika perlawanan diadakan di luar Lembah Klang," katanya dalam hantaran di Facebook FAM, hari ini.

Pestabola Merdeka merupakan kejohanan pertama diadakan di Stadium Nasional, selepas ditutup sejak Mac bagi menaiktaraf padang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia.

Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia berkedudukan ke-137 dunia, dijadualkan bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan masing-masing pada 21 dan 26 Mac, bertemu Kyrgyzstan di Bishek pada 6 Jun dan bertemu Taiwan pada 11 Jun di Malaysia.

Dua pasukan terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Piala Dunia 2026 akan dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat secara bersama dengan format baharu 48 pasukan, berbanding 32 pasukan sebelum ini.

Juara tiga kali Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali pertamanya pada 2030.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED