Translate

17 November 2023

Mohammad Agus sahkan hantar surat letak jawatan KP J-KOM



Mohammad Agus sahkan hantar surat letak jawatan KP J-KOM

Bernama

November 16, 2023
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Mohammad Agus sahkan hantar surat letak jawatan KP J-KOM

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan di J-KOM yang disandang sejak 2 Feb lalu.

"Saya ada tawaran (kerja) baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.


"Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh Perdana Menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Perdana Menteri kini mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Francisco, Amerika Syarikat dari 14 hingga 17 Nov ini.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Selangor viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former Harrods owner accused of s*xual assault by ' 10 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Your tim' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed '| BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac |' 39 mins ago