Translate

19 November 2023

Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022



Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022

Bernama

November 18, 2023
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutua

Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022

Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah.

Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

"...peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Jan 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Jan 2007," katanya.







AGC merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal badan pemerhati kesihatan CodeBlue pada 14 Nov lepas dan portal akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 16 Nov lepas.

Khairy mendakwa AGC telah memberikan keizinan kepada rang undang-undang itu ketika dibawa ke Parlimen pada tahun lepas sebelum membuat keputusan mendadak untuk menggugurkannya.

Beliau mendakwa tindakan menggugurkan rang undang-undang itu dilakukan susulan tekanan politik berbanding kebimbangan terhadap kesahihannya dari segi perlembagaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED