Translate

16 November 2023

Bekas penyanyi In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia

 


Bekas penyanyi In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia
ASTRO AWANI
November 15, 2023 

Allahyarham Suhaimi sebelum ini ditidurkan di iCU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran keadaan kesihatannya kurang baik. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, meninggal dunia pada 7,40 malam Rabu.

Khabar duka itu dikongsi menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi In-Team, hari ini.
"Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam . "Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Lahu Al-Fatihah," jelas kenyataan ringkas In-Team di pautan Instagram rasmi kumpulan itu.
Allahyarham Suhaimi sebelum ini ditidurkan di iCU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran keadaan kesihatannya kurang baik.
Namun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) bersama empat orang cahaya matanya Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony hasil perkahwinan sejak 12 Ogos 2007.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 38 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 3 hrs 20 mins ago