Translate

23 March 2023

PM Anwar Ibrahim mengunjungi Restoran D’Saji Mekah lepas selesai tarawih di Tanah Suci

PM Anwar disambut oleh Tuan Haji Shariffudin Ibrahim, CEO Felda DSaji 

 

PM mengunjungi Restoran Felda D’Saji lepas selesai tarawih di Tanah Suci


PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Restoran Felda D’saji selepas selesai menunaikan solat tarawih di Tanah Suci Makkah, malam tadi.



PM Anwar disambut oleh Tuan Haji Shariffudin Ibrahim, CEO Felda DSaji di Restoran D'Saji Mekah, selepas Solat Terawih di Masjid Haram, Mekah Al Mukaramah. 

PM Anwar diiringi oleh Menteri Luar Negara Dato' Seri Dr. Zamri Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Noor.

Dalam masa sama, Anwar sempat bertanya khabar jemaah dari Malaysia yang tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Perdana Menteri ke-10 itu.

Anwar sempat beramah mesra bersama para jemaah Malaysia yang berada di sina

“Mendoakan agar ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur, InsyaAllah,” katanya dalam hantaran di Facebook.


Perdana Menteri tiba di Jeddah, Arab Saudi semalam bagi memulakan lawatan rasmi sulung ke negara Timur Tengah itu selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Lawatan Anwar itu turut diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia juga merupakan lawatan rasmi negara luar Asean pertama Anwar selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Anwar dan delegasi mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Persatuan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa semalam.

Sepanjang lawatan rasmi tiga hari ini, Perdana Menteri juga dijadual menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga merupakan Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al Salam


Source- FB Anwar Ibrahim




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 5 hrs 17 mins ago