Translate

29 March 2023

Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

 Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

ASTRO AWANI

Mac 29, 2023

Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf
Ab Rauf pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Melaka. - Foto Astro AWANI

Pertukaran Ketua Menteri Melaka: "Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi" - Ab Rauf

Ab Rauf pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Melaka. - Foto Astro AWANI

AYER KEROH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak untuk menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Beliau yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri berkata, pengumuman rasmi berkaitan perkara itu termasuk yang mengaitkan namanya sebagai Ketua Menteri Melaka baharu akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

“Saya tidak boleh memberikan apa juga komen tentang spekulasi ini.


“Kita tunggu pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak yang akan memberikan pengumuman sedikit masa lagi ya,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO negeri di Kompleks Seri Negeri, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada spekulasi itu dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan beliau mengatakan tiada keperluan untuk membangkitkannya dalam mesyuarat tersebut.

“Tidak perlu bincang sebab tidak ada kena mengena,” katanya.

Angin politik Melaka kembali bertiup kencang selepas Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dijangka akan melepaskan jawatan itu.

Difahamkan jawatan itu akan digantikan oleh Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara.

Menurut sumber terdekat Pejabat Ketua Menteri, Istiadat Angkat Sumpah berkenaan akan diadakan pada pukul 3 petang Jumaat ini di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 8 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 8 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 8 hrs 18 mins ago