Translate

23 March 2023

Masjid Ibnu Sina di Taman Titiwangsa musnah dalam kebakaran

 Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran





Sebuah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, terbakar pada kira-kira 7 malam hari ini dengan 90 peratus anggaran kemusnahan namun tiada sebarang kemalangan jiwa terlibat. Foto : JBPM Kuala Lumpur

23/03/2023 12:18 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada  7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.

Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini.

Semasa kejadian tiada jemaah masjid, manakala  punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 19 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 32 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 46 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 1 hr 58 mins ago