Translate

23 March 2023

800 pekerja domestik Indonesia tiba di Malaysia melalui One Channel System

 800 pekerja domestik Indonesia tiba di Malaysia melalui One Channel

System

23/03/2023


06:48 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Seramai 800 pekerja domestik Indonesia telah memasuki Malaysia melalui One Channel System sehingga 20 Jan lepas.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan, ia selepas kerajaan Malaysia dan Republik

Indonesia memeterai Memorandum Persefahaman Penggajian dan Perlindungan Pekerja Domestik Indonesia di Malaysia, pada 1 April 2022.

Menurut KSM, memorandum persefahaman tersebut telah memperuntukkan jaminan dan perlindungan bayaran upah kepada pekerja domestik Indonesia.

“Gaji permulaan bulanan di bawah memorandum persefahaman ini, tidak boleh kurang daripada kadar gaji minimum yang sedang berkuat kuasa di negara ini iaitu

RM1,500,” menurut KSM bagi menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh), mengenai bilangan pekerja domestik Indonesia yang datang bekerja di Malaysia

melalui One Channel System.

Kementerian itu menyatakan memorandum persefahaman berkenaan juga memperuntukkan perlindungan dan kebajikan kepada pekerja domestik Indonesia,

antaranya meliputi hak kepada notis penamatan kontrak pekerjaan, cuti tahunan berbayar, cuti rehat mingguan, waktu rehat serta perlindungan sosial, termasuk

insurans.

“Pemantauan ke atas pelaksanaan memorandum persefahaman termasuk kos penempatan dan tarif fi agensi pekerjaaan swasta di Malaysia dan agensi pekerjaaan

swasta di Indonesia, dilaksanakan melalui Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) di antara kedua-dua negara,” menurut jawapan KSM itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 5 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 6 hrs 48 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 2 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 7 hrs 15 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 8 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 8 hrs 12 mins ago