Translate

23 March 2023

800 pekerja domestik Indonesia tiba di Malaysia melalui One Channel System

 800 pekerja domestik Indonesia tiba di Malaysia melalui One Channel

System

23/03/2023


06:48 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Seramai 800 pekerja domestik Indonesia telah memasuki Malaysia melalui One Channel System sehingga 20 Jan lepas.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan, ia selepas kerajaan Malaysia dan Republik

Indonesia memeterai Memorandum Persefahaman Penggajian dan Perlindungan Pekerja Domestik Indonesia di Malaysia, pada 1 April 2022.

Menurut KSM, memorandum persefahaman tersebut telah memperuntukkan jaminan dan perlindungan bayaran upah kepada pekerja domestik Indonesia.

“Gaji permulaan bulanan di bawah memorandum persefahaman ini, tidak boleh kurang daripada kadar gaji minimum yang sedang berkuat kuasa di negara ini iaitu

RM1,500,” menurut KSM bagi menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh), mengenai bilangan pekerja domestik Indonesia yang datang bekerja di Malaysia

melalui One Channel System.

Kementerian itu menyatakan memorandum persefahaman berkenaan juga memperuntukkan perlindungan dan kebajikan kepada pekerja domestik Indonesia,

antaranya meliputi hak kepada notis penamatan kontrak pekerjaan, cuti tahunan berbayar, cuti rehat mingguan, waktu rehat serta perlindungan sosial, termasuk

insurans.

“Pemantauan ke atas pelaksanaan memorandum persefahaman termasuk kos penempatan dan tarif fi agensi pekerjaaan swasta di Malaysia dan agensi pekerjaaan

swasta di Indonesia, dilaksanakan melalui Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) di antara kedua-dua negara,” menurut jawapan KSM itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemimpin Melayu DAP sedia turun p' 2 hrs 5 mins ago